Thursday 4 April 2013

Wujudkah Zina Hati?


Wujudkah Zina Hati...??



Assalamualaikum wbt

Kali ini kami ingin berkongsikan apa itu zina hati.Bila berkata tentang zina hati pasti ramai yang akan tertanya wujudkah zina hati.Mungkin ada yang hanya mengetahui hanya wujud zina antara lelaki dan wanita yang bukan muhrim dan bukannya zina hati.Jadi mari kita ketahui serba sedikit tentang kewujudan zina hati ini.

Rasulullah  pernah berkata:

Maksudnya:
Dituliskan ke atas anak Adam nasibnya dari zina, dia pasti melakukannya tanpa dimungkiri. Dua maranya berzina dengan melihat, kedua telinganya berzina dengan mendengar, lidahnnya berzina dengan kata-kata, tangannya berzina dengan meraba, dan kakinya berzina dengan melangkah, dan hatinya cenderung serta menginginkan. Dan dibenarkan atau didustakan perkara (zina) itu oleh kemaluan.
[Direkodkan oleh Muslim]



Maksudnya:
Sesungguhnya Allah telah menulis ke atas anak Adam bahagiannya dari zina (bentuk zina bagi setiap anggota), dia pasti melakukan perkara tersebut tanpa dimungkiri lagi. Zina (anggota) mata dengan melihat, zina lidah dengan ucapan, jiwa itu menkhayalkan dan menginginkan, manakala kemaluan membenarkan (perlakuan zina) itu atau mendustakannya.
[Direkodkan oleh al-Bukhari]

Tiada salahnya mata yang memandang, tetapi jika pandangan tersebut mengarah kepada penzinaan, maka ia dilarang. Setiap anggota (yang disebutkan dalam hadith) hanyalah kiasan kepada pendahuluan-pendahuluan zina. Namun, apabila kemaluan telah bertindak melampaui batasnya, maka mereka telah tercampak dalam kancah kebinasaan.
Pandangan mata, tutur kata dan pergerakan tubuh badan perlu dikawal supaya ia tidak terdedah kepada bahaya zina. Tetapi, tidak perlulah berlebih-lebihan sehingga tidak mahu lansung bercakap dan tidak berkomunikasi dengan berlainan jantina.
Andai perasaan hati tergerak mahu melakukan kemaksiatan, sedangkan dia masih belum melakukannya, maka dia masih belum berdosa atau bersalah. Hakikatnya, tiada zina yang berlaku.

Rasulullah  berkata:

Maksudnya:
Siapa yang menginginkan kebaikan, sedangkan dia tidak (mampu) melakukannya, dituliskan baginya satu pahala. Jika dia melakukannya, ditulis baginya sepuluh gandaan sehingga tujuh ratus dan tujuh gandaan, jika dia tidak melakukannya maka baginya satu pahala. Dan siapa yang menginginkan keburukan, sedangkan dia tidak melakukannya, tidak akan ditulis (dosa) baginya. Jika dia melakukannya, dituliskan satu dosa. Jika dia tidak melakukannya, tidak akan ditulis (dosa) baginya.

renungkan wahai sahabat ku...
sekian
wassalam

No comments:

Post a Comment