Saturday 6 April 2013

7 Jenis Wajah Mayat di Dalam Kubur


7 JENIS WAJAH MAYAT DI DALAM KUBUR

assalamualaikum wbt


Diharapkan entri yang diberi ini dapat memberi sedikit sebanyak impak untuk kita mulakan langkah untuk berubah.Bukan berlapang dada untuk menyatakan kita sudah terbaik...

Kerana kita perlu sedar di setiap hari yang kita lalui itu pasti ada kesilapan yang pernah kita lakukan.Namun itulah manusia yang di lantik sebagai khalifah dunia...Ruang waktu yang diberikan boleh dijadikan ruang untuk menjadi yang lebih baik...
Insyallah kali ini kami ingin berkongsi tentang apa yang di janjikan Allah tentang pengakhiran kehidupan hamba Nya.....<mari sama-sama hayati>>

1. Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat. Itulah petanda bahawa
semasa hidupnya telah melakukan perkara syirik kepada Allah.

2. Mayat yang mukanya berbentuk babi. Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu, tidak menjaga solat. Lalai dalam solatnya.

3. Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam. Itulah mayat yang semasa hidupnya derhaka kepada kedua ibu-bapa.

4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka makan harta yang haram.

5. Mayat yang kukunya mengcengkam dan meliliti seluruh tubuhnya. Itulah
mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi, mengata orang dan mengumpat
orang.

6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih busuk dari bangkai. Itulah mayat orang yang suka makan riba'.

7. Mayat yang wajahnya tersenyum Itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal soleh.

p/s :
entri ini dipilih bukan untuk membuat kita membayangkan mana satukah wajah kita sekarang atau di pengakhiran hidup kita...

tetapi untuk kita merenung di mana tahap kita dalam memperbaiki diri...
perbaiki lah amalan dan diri agar kita menjadi khalifah yang terbaik di sana nanti..Insyallah
Ingat masa tidak menunggu kita,namun Allah menanti kita menghadapnya..

Marilah kita mengerjakan apa yang disuruh,dan tinggalkan apa yang dilarang.

sekian
wassalam



No comments:

Post a Comment