Monday 1 April 2013

Konspirasi Yahudi_Di Pahang 2010


Konspirasi Yahudi - Bunyi Seakan Raksaksa Di Pahang Pada 2010




Assalamualailum wbt

Kali ini kami ingin berkongsi sedikit infomasi berkaitan konspirasi Yahudi.

Kisah ini berlaku antara 2010, mungkin sebahagian orang pahang masih ingat akan gegaran yang berlaku selama 3 minit .. Berikut antara petikkan yang pernah disiarkan oleh RTM .. Kita kaji sedikit asal usul Dajjal yang selama ini mereka menyangka ianya seekor raksasa.

“Semalam. siaran RTM di Negeri Pahang. tergempar ramai orang terdengar bunyi dentuman yang sangat kuat di susuli gempa bumi selama 3 minit, mungkin ini tanda2nya. kpd semua yg bergelar muslim,hari ni pakar meteorologi bhgn bunyi dr Rusia mendapati sesuatu bunyi ganjil seperti ngauman raksasa dari bawah mantel bumi.menurut para ulama kemungkinan besar itu ialah suara Dajjal y b'usaha utk naik ke muka bumi.oleh itu,kita disuruh sentiasa tak berhenti melaungkan azan dan solat '..

Di antara keratan yang disebut ialah : “menurut para ulama kemungkinan besar itu ialah suara Dajjal yang berusaha untuk naik ke muka bumi” Siapakah ulama yang berpandangan sedemikian?


Ulasan
1. Dajjal bukanlah seekor raksasa, tetapi ia hanyalah seorang manusia biasa yang agak rendah, bermata buta sebelah, sebelah mata lagi mengalami cacat, jarak antara dua kakinya yang agak lebar, berambut kerinting, berwarna coklat gelap, pipi kemerah-merahan, terdapat bonggol sedikit di bahagian belakang dan sebagainya. Dajjal seorang berbangsa Yahudi, dan mandul.

(Riwayat Abdullah bin Umar, Shahih Bukhari : 6595 dan 5218 / Riwayat Nuwwas bin Sam’an, Shahih Muslim 5228 / Riwayat Ubadah bin Shamit, Sunan Abi Daud 4322 / Riwayat Abu Hurairah, Musnad Imam Ahmad : 8124 / Riwayat Huzaifah, Shahih Muslim : 5222 / Riwayat Anas, Shahih Bukhari : 6598)

2. Dajjal bukanlah sedang berada di bawah tanah. Kerana seorang manusia tidak mampu untuk hidup di situ. Bahkan, dia sedang berada di satu tempat (sudah wujud semenjak zaman Nabi Muhammad SAW lagi. Ini bermakna, Dajjal sudah lahir, tetapi belum menzahirkan dirinya). Dajjal akan muncul (zahir) ketika umat Islam di satu masa yang ditetapkan oleh Allah. Iaitu ketika manusia dalam kesesatan, dan jauh daripada agama dan ilmu. Tiada cara untuk menyekat kemunculannya.

(Riwayat Amran bin Hasin, Musnad Imam Ahmad : 19142 / Riwayat as So’bi bin Jathamah, Kanzul Ummal : 38817 / Riwayat Abdullah bin Umar, Sunan Abi Daud 3704 )

4. Dajjal akan muncul di Khurasan, atau kawasan berhampiran Iraq, Iran dan Palestin. Sila rujuk peta dunia. Dia tidak muncul dari Malaysia, atau Pahang.

(Riwayat Fatimah binti Qais, Shahih Muslim : 5235 / Riwayat Abu Hurairah, Shahih Ibnu Hibban : 6792 / Riwayat Abu Hurairah, Majma’ Zawa’id : 12543 / Riwayat Abu Hurairah, Musnad Imam Ahmad : 8099 / Riwayat Sa’id bin Musayyib, Musnad Ibnu Abi Syaibah : 38654 / Riwayat Saidina Abu Bakar, Kanzul Ummal : 27948 / Riwayat Anas bin Malik, Musnad Imam Ahmad : 13344 / Riwayat Abdullah bin Umar, Musannif Ibnu abi Syaibah : 38693)

5. Dajjal muncul selepas kemunculan Imam Mahdi. Hari ini, Imam Mahdi masih lagi belum muncul. Sebahagian pandangan mengatakan bahawa Imam Mahdi akan muncul setelah kembalinya sistem khilafah.

(Musnad Imam Ahmad : 2796 / at Tariq Ila Jama’atil Muslimin : ms 97 / Amin bin Muhammad Jamaluddin Phd al Azhar : Perang Amergeddon, Penjelasan Terakhir Buat Umat Islam ms 47 - 96 / Abdul Salam bin Abdul Wahab Towilah : al Masih al Muntazhor Wan Nihayah al Alam / Muhammad Ismail Muqadam : Fiqh Asyratis Sa’ah )

Kesimpulannya....

Dajjal hampir muncul kerana keadaan zaman ketika ini yang telah menunjukkan beberapa tanda kemunculannya. Walhal, ia bukanlah seekor raksasa, atau sejenis binatang yang mengaum. Tanda-tanda kemunculannya ialah berlakunya banyak gempa bumi. Tetapi bukan disebabkan Dajjal sedang menyorok di bawah sana.. WaLlahua'lam.

Entri ini dimasukkan bukan untuk membuat hati antum semua membengkak dengan yahudi,tetapi kami mahu antum semua nilaikan apakah kita sudah cukup bersedia dengan kosnpirasi mereka untuk menjadi umat akhir zaman yang terbaik?


sekian…
wassalam :-)

daripada :
Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Kuliah Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah,
Universiti al Azhar


No comments:

Post a Comment