Monday 1 April 2013

Sahabat dari Kata-Kata Imam Al-Ghazali

Imam Al-Ghazali Kata Sahabat itu.....






Assalamualaikum wbt...
Kali ini kami barisan penggerak PMH ingin berkongsi tentang sahabat.Mari kita luangkan masa sedikit untuk mengenai sahabat yang di tulis oleh Imam Al-Ghazali.


“Imam Al-Ghazali berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:


1. Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu
2. Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu
3. Jika engkau menghulur sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dgn baik
4. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia membalas balik persahabatan kamu
5. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu
6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya.
7. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu , dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.
8. Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya
9. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta) dia akan menanyakan kesusahan kamu
10. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
11. Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk atau maksiat.
12. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu
13. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu
14. Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat.


<jadilah sahabat yang terbaik ya kawan-kawan>
sekian
wassalam

No comments:

Post a Comment