Friday 5 April 2013

Perayaan-Perayaan yang Haram Diraikan oleh Umat Islam


Perayaan-Perayaan Yang Haram Diraikan Umat Islam

Assalamualaikum wbt

Kali ini,kami dari barisan ajk PMH  ingin berkongsi serba sedikit mengenai dua hari yang sangat diagung-agungkan seluruh dunia iaitu
"april fool" dan "valentine day"..
Bukan sahaja seluruh dunia ya sahabat,tetapi di kalangan umat islam sendiri,mengapa ya???
Adalah kurangnya pendedahan tentang kedua-dua hari ini,atau pun berkonsepkan "tahu tapi buat-buat tak tahu".
Itu lah islam hari ini....Nak salahkan siapa?Tepuk dada tanyalah iman..Insyallah ada jawapannya...Jadi silalah...


Sila jawab soalan di bawah dengan jujur dan telus.

1) Korang pernah tak keluar dating dengan kekasih korang pada hari Valentine?
2) Atau pernahkan anda mengenakan kawan-kawan pada 1 April dengan gurauan yang bukan saja hampeh malah memalukan?

Kebanyakan daripada kita, yakni orang Melayu ISLAM (penekanan dengan capslock di situ..hehe) tak tahu pun apa tujuan perayaan-perayaan tersebut diadakan.Kebanyakkan daripada perayaan yang disambut oleh orang ramai sebenarnya berasal dari ritual keagamaan sesuatu kaum. 
Jadi, kalaulah kita umat ISLAM menyambut perayaan itu, maka kita dianggap telah memenuhi ritual kaum itu, lalu kita pun bolehlah dianggap sebagai sebahagian daripada kaum itu.

Dan Rasulullah pernah berfirman yang bermaksud :
"jika seseorang mengikuti amalan sesuatu kaum, maka dia dianggap sebahagian dari kaum itu lalu terkeluar dari agama Islam"...
Nauzubillah...pastinya kita tidak mahu kan diri kita dilabelkan sehingga sebegitu dasyat???

Hari pertama : APRIL FOOL..!!!

kenapa haram???

Kenapa asal 1 April je, mesti nak kenakan orang? Kenapa 1 April? Kenapa bukan 1 Mei? Kenapa?
Kenapa????!!

Jom baca entri di bawah...


Sebenarnya, April Fool mula diraikan sejak kejatuhan empayar umat Islam di Granada, Sepanyol oleh orang Kristian. Disebabkan kejatuhan kerajaan Islam itulah, umat Islam terpaksa bersembunyi di rumah masing-masing kerana takut dibunuh. Namun, tentera Kristian tidak berpuas hati dan tetap ingin menghalau orang Islam dari bumi Sepanyol. Nak dijadikan cerita, tentera Kristian telah membuat helah dengan mengatakan orang Islam boleh keluar dari Sepanyol beserta barang-barang mereka dengan selamat menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan.

Ada orang Islam yang percaya, ada yang tidak. Yang mempercayai pengumuman itu lantas memeriksa pelabuhan dan setelah berpuas hati, mereka merancang untuk bertolak keesokan harinya, yakni 1 April. Namun, ketika umat Islam menuju ke pelabuhan, mereka diserang oleh tentera Kristian. Kapal-kapal pun turut dibakar. Orang tua, kanak-kanak dan wanita habis dibunuh. Peristiwa berdarah inilah yang akhirnya diraikan sebagai acara tahunan. Yang menyedihkan ialah apabila umat Islam turut meraikan perayaan ulangtahun pembunuhan saudara seagamanya sendiri! 

Sebenarnya, hukum menyambut April Fool ialah haram. Nak tau kenapa haram?
jelas disini hukum meraikan april Fool adalah haram disisi islam kerana menyerupai orang kristian. Tambahan pula 1 april ini sepatutnya menjadi hari kesedihan bagi umat islam kerana saudara kita dahulu dibodohkan dan dibunuh beramai-ramai. Jadi sungguh tidak relevennya jika orang islam masih ingin meraikannya.
Hadith ada menyebut "sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum,maka dia adalah di kalangan mereka"
Fikir-fikirkan….


Hari kedua : Valentine..!!!


Bila menjelangkan hari kekasih ni,mesti pasangan kekasih akan berebut-rebut menghadiahkan pasangan mereka dengan bungalah,coklatlah,romantik dinner la,pergi big cinema atau paling tidak mesti buat kad untuk kekasih kan...Tetapi pernah tak tertanya kenapa kita menyambutnya???Tertanya tak??Atau cuma terfikir hadiah apa nak bagi dekat kekasih je??...Apa lagi jom kita ketahui serba sedikit tentang apa itu VALENTINE....

semuanya bermula apabila...
Pada tanggal 14 Februari 270 M, St. Valentine dibunuh karena pertentangannya (pertelingkahan) dengan penguasa Romawi pada waktu itu iaitu Raja Claudius II (268 - 270 M). Untuk mengagungkan dia (St. Valentine), yang dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka para pengikutnya memperingati kematian St. Valentine sebagai 'upacara keagamaan'.

Tetapi sejak abad 16 M, 'upacara keagamaan' tersebut mulai beransur-ansur hilang dan berubah menjadi 'perayaan bukan keagamaan'. Hari Valentine kemudian dihubungkan dengan pesta jamuan kasih sayang bangsa Romawi kuno yang disebut “Supercalis” yang jatuh pada tanggal 15 Februari.

Setelah orang-orang Romawi itu masuk agama Nasrani (Kristian), pesta 'supercalis'  kemudian dikaitkan dengan upacara kematian St. Valentine. Penerimaan upacara kematian St. Valentine sebagai 'hari kasih sayang' juga dikaitkan dengan kepercayaan orang Eropah bahwa waktu 'kasih sayang' itu mulai bersemi 'bagai burung jantan dan betina' pada tanggal 14 Februari.

Dalam bahasa Perancis Normandia, pada abad pertengahan terdapat kata “Galentine” yang bererti 'galant atau cinta'. Persamaan bunyi antara galentine dan valentine menyebabkan orang berfikir bahwa sebaiknya para pemuda dalam mencari pasangan hidupnya pada tanggal 14 Februari. Dengan berkembangnya zaman, seorang 'martyr' bernama St. Valentino mungkin akan terus tersimpang jauh pengertiannya (jauh dari erti yang sebenarnya). Manusia pada zaman sekarang tidak lagi mengetahui dengan jelas asal usul hari Valentine. Di mana pada zaman sekarang ini orang mengenal Valentine melalui greeting card, pesta persaudaraan, bertukar-tukar hadiah dan sebagainya tanpa ingin mengetahui latar belakang sejarahnya lebih dari 1700 tahun yang lalu.

Dari sini dapat disimpulkan bahwa Valentine's Day berupaya merosak 'akidah' muslim dan muslimah  melalui gaya hidup barat dengan tema percintaan, jodoh dan kasih sayang.

p/s :
jadi setelah membaca entri ini...
marilah sama-sama kita mengambil iktibar...
yang baik jadikan amalan
yang buruk jadikan sempadan

Sekian
wassalam

No comments:

Post a Comment