Thursday 4 April 2013

Program Semester Ini

Assalamualaikum wbt

Bersempena semester ini,kami dari PMH Puncak Perdana sesi degree ingin memperlihatkan beberapa aktiviti yang telah sempat dan bakal kami lakukan pada semester ini.Nantikan aktiviti menarik dari kami barisan AJK PMH...di harapkan antum semua dapat bersama-sama kami memeriahkan lagi program-program yang kami rencanakan khas untuk antum sekalian...

Program Pengenalan PMH...



Program ini telah dijalankan pada hari Ahad 24 Mac 2013 yang lalu bermula dari 9 pagi hingga 12 tgh hari dan di sambung pada jam 9 malam sehingga 11.30 malam di Dewan Serbaguna Kolej Jasmine.Terima kasih kepada antum yang sudi hadir memeriahkan program kami pada hari tersebut.Terima kasih juga diucapkan kepada barisan ajk yang memberi kerjasama semasa berlangsungnya program ini.Jutaan terima kasih juga di tujukan khas kepada barisan VIP dan  PMH UiTM Shah Alam dan tetamu khas kami iaitu Da'ie Adibah yang sudi hadir ke program kami.

Qiam...
Program qiam atau pun qiamullail ini diadakan setiap minggu secara bergilir-gilir antara muslimin dan muslimat.Qiam ini diadakan di Surau Al-Iqra' Kolej Jasmine dengan kebenaran penuh pihak Kolej Jasmine.Terima kasih kepada pihak kolej yang memberi kebenaran kepada ajk PMH unutk menganjurkan program in saban minggu.Antum digalakkan untuk tidur di surau sebelum qiam dimulakana sekitar 4 pagi.Antum boleh rujuk di page rasmi PMH untuk melihat poster-poster terkini berkenaan tarikh-tarikh qiam dan giliran qiam antara muslimin dan muslimat.Ini antara poster qiam bagi semester ini...

 

Ini antara contoh poster yang telah di tampal bagi qiam yang lepas.

Keusahawanan...
Kami dari barisan PMH telah menubuhkan satu biro yang mendukung tanggungjawab sebagai usahawan kepada persatuan kami.Mereka bertanggungjawab untuk menjual produk-produk islamik yang terdiri daripada al-quran dan terjemahan pelbgai corak dan dan edisi, baju muslimah,button islamik,stokin tangan,stokin kaki,coklat Gaza,keronsang,makanan dan pelbagai lagi barangan lain yang boleh di dapati di setiap program yang kami jalankan.Ini antara barangan yang kami bawakan khas untuk antum sekalian...


contoh barangan dari PMH di karnival D'Puncak yang di adakan dari 02 april sehingga 04 april 2013.

Sembang gazebo...
Seperti semester-semester yang lepas,kami gemar untuk sama-sama duduk bersama antum semua dalam satu majlis ilmu yang santai yang kami namakan "santai gazebo".Kami tampil dengan pelbagai isu mahu pun topik perbincangan dan termasuk juga tayangan filem yang membawa kesedaran.Kami mengharapkan antum semua mendapat sedikit sebanyak inut yang kami cuba sampaikan.Ini adalah antara sembang gazebo yang bakal di jalankan untuk semester ini...



jom ramai-ramai sertai kami PMH dalam semua program yang kami rancang khas untuk antum sekalian.Kam berharap agar antum sekalian mendapat manfaat dari setiap program yang kami jalankan.Insyallah...

sekian
wassalam

No comments:

Post a Comment