Monday 1 April 2013

Solat dengan Sebotol Air Mineral,Bagaimana?

SOLAT DENGAN SEBOTOL AIR MINERAL?

bila dan bagaimana....


Assalamualaikum wbt
Entri kali ini,kami dari PMH ingin berkongsi kan tentang solat dengan sebotol air mineral.Mengapa ya?.Mudah sahaja jawapannya ya ukhti.Kan baru-baru ni Kolej kita di landa masalah gangguan air yang mungkin sedikit sebanyak menganggu urusan seharian kita terutamanya solat kita.Jadi inilah dia entri berkaitan wudhuk.


Potongan hadith :
diriwayatkan daripada Abu hurairah ra.Rasullah swt telah bersabda :
"perhiasan -perhiasan di syurga itu sampai di tubuh seorang mukmin,bersesuaian dengan anggota yang dicapai oleh wudhuknya"<riwayat muslim>

Di dalam islam,rukhsah itu sentiasa ada bagi hambanya yang ingin beribadat termasuklah dalam konteks wudhuk dan solat.Indahnya islam dan isinya,subhanaallah..
Dalam berwudhuk,rukun biasa yang kita selalu dengar adalah istilah "2 kering 4 basah".Bagi yang tidak biasa dengan istilah ini,mungkin tertanya-tanya apa itu 2 kering 4 basah kan?Senang sahaja,ia bermaksud :

  1. 2 kering <niat dan tertib>
  2. 4 basah<muka,tangan,siku,kepala dan kaki>
Wudhuk  kita akan sempurna dengan kita patuhi 6 rukun ini, serta syarat sah yang lain, iaitu bab air dan sebagainya.
Jika kita mencari dan mendalami ilmu fiqh toharah, kita akan mendapati bahawa wudhu' boleh dilaksanakan dengan cara yang paling mudah dan tetap sah ya saudaraku..
bahkan wudhuk  kita tetap sah sekiranya kita cuma menyucikan anggota wudhu' dengan sekali cucian sahaja.

Dalam konteks air yang sangat minima, sebenarnya jumlah air yang boleh kita gunakan sangat sedikit, tapi wudhu' kita tetap sah. Air dalam botol kecil 500 ml pun cukup.

Kalau boleh peliharalah wudhuk kita selagi ia tidak terbatal dari kita solat subuh,boleh teruskan solat selagi mampu menjaga air wudhuk itu ya.Lagipun banyak kelebihan dalam menjaga wudhuk dan mengamalkan wudhuk ini....

akhir kata
ingatlah beza di antara seorang kafir dengan seorang yang islam adalah solat
teguhkan lah iman mu,taqwa mu dan islam mu dengan bersolat..

sekian
wassalam



No comments:

Post a Comment