Thursday 4 April 2013

Kelebihan Mengamalkan Al-Mathurat






Assalamualaikum wbt
Apa khabar antum semua?di harapkan antum semuanya sihat belaka,insyallah kurnia nafas yang diberikan oleh Allah swt ini diberi kerana kita adalah makhluk yang bertuah di sisinya.Amin..
Entri kali ini PMH ingin membawakan kepada antum semua serba sedikit mengenai AL-MATHURAT...alhamdulillah bagi sesiapa yang mengetahui apa itu al-mathurat dan kelebihannya.Namun bagi yang belum mengetahui apa utu al mathurat dan kelebihannya,mari sama-sama kita dalami ap itu al mathurat secara ringkasnya....

<<Apa itu Al-Mathurat>>
  •   Al- Ma’thurat merupakan wirid dan doa harian yang diamalkan oleh Rasulullah SAW dan telah dibukukan oleh Imam Hassan Al Banna. Baginda adalah orang yang paling mengetahui betapa besarnya ganjaran yang diperolehi dari amalan doa dan wirid tersebut. Al- Ma’thurat digalakkkan dibaca selepas Subuh dan Asar setiap hari. 

<<diantara kelebihan mengamalkan al-mathurat adalah….>>
  • tidak dihampiri syaitan
  • rumah dan keluarganya terselamat dari perkara yang tidak diingini
  • Allah mencukupi apa yang diperlukan dari urusan dunia mahupun akhirat
  • Orag yang membacanya,dan mati pada hari tersebut,maka Allah menjaminkan syurga untuknya.
  • Selamat dari segala sesuatu musibah
  • Allah menyempurnakan nikmatnya kepada orang tersebut
  • Allah berhak sepenuhnya untuk meredhainya
  • Terhindar daripada syirik
  • Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk beracun
  • Dipermudahkan dari belenggu hutang
  • Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat
  • Sesiapa yang membaca di waktu pagi,ia akan dipelihara oleh Allah swt hingga ke waktu petang
  • Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang pula akan dipelihara hingga waktu pagi
  • Mengamalkannya umpama mengamalkan sunnah Rasullah dari sudut zikir dan berdoa

p/s :
jadi apa lah salahnya jika kita peruntukan sedikit waktu kita selepas solat untuk membaca al-mathurat ini.Apa kata kita mulakan hari esok dengan membaca al-mathurat..Insyallah jika dijadikan amalan,lama-lama antum semua akan terbiasa mengamalkannya setiap kali selepas solat subuh dan asar..Insyallah

sekian…
wassalam



No comments:

Post a Comment