Thursday 4 April 2013

Apa itu Tabarujj Jahilliah VS Tabarujj Moden?

Apa itu Tabaruj Jahiliah VS Tabaruj Moden???




Assalamualaikum wbt
Insyallah entri kali ini kami ingin menyentuh sedikit sebanyak mengupas apa dia maksud sebenar tabaruj agar mudah di fahami oleh pelbagai pihak terutamanya muslimah islam...Insyallah..


Tabrujj berasal daripada perkataan Barajun yang bermaksud luas atau burjun yang bermaksud tinggi..


pelbagai definasi termasuk :

  • Memperlihatkan perhiasan dan kecantikkannya kepada lelaki
  • Perempuan yang menampakkan tengkuk dan segala-galanya
  • Memperlihatkan kecantikkan sehingga menghairahkan kaum lelaki
  • Berjalan-jalan dengan berlenggak-lenggok untuk menarik perhatian
  • melepaskan tudung kepalanya tetapi tidak mengetatkannya,lalu terlihatlah rantai lehernya,anting-antingnya dan lehernya
  • keelokkan dan kecantikkan yang wajib di tutup seperti tudung yang pendek sehingga menampakkan dada
Tabarruj zaman Jahiliah :
  • perempuan pada zaman itu memakai baju yang terdiri daripada mutiara dan intan yang tidak di jahit dan berbelah kedua-dua sisinya dan berpakaian tipis yang menampakkan tubuh badannya.Mereka akan berjalan dan mempamerkan diri mereka di khalayak ramai dan merasa bahawa mereka adalah yang paling cantik dan mewah.
Tabarujj yang dilarang di dalam Islam :
  1. Berpakaian untuk popular
    • berkata Syeikh Islam Ibn Taimiyah "siapa yang memakai pakaian yang masyhur,Allah akan memakaikannya dengan pakaian yang hina".Sebaik-baik perkara adalah pertengahan atau bersederhana.
Hukumnya....
  1. Pakaian yang dipakai (lelaki atau perempuan) dengan niat untuk bermegah-megah dan mendapat perhatian ramai.Hukumnya haram kerana niatnta untuk bermegah dan bukannya untuk menutup aurat.
  • Daripada Ibn Mas-ud Rasullah saw bersabda "tidak akan masuk syurga sesiapa yang di dalam hatinya terdapat walau sebesar zarah daripada sifat takabur".
Batas-batas yang perlu dipelihara....
  • Memelihara niat dan tujuan berhias dan buka untuk menarik pandangan dan perhatian lelaki ajnabi.
  • Hendaklah bertepatan dengan niat iaitu tidak berhias dengan berlebih-lebihan hingga menggugat perasaan lelaki ajnabi
  • tidak dari wangi-wangian yang terlalu kuat dan semerbak serta tersebar,pakai lah dari wangian yang sederhana baunya
Syeikh Atiyah Saqar mengatakan : 
“memperelokkan atau menghias diri oleh seseorang secara umumnya mempunyai kepentingan atau kebaikan dan secara khususnya menghiaskan diri bagi seorang wanita mengandungi mara bahaya.Kecantikan adalah satu perkara yang disukai oleh jiwa dan naluri.Ia mempunyai tempat di dalam agama,di mana ia dituntut secara syarak dengan kadar yang dapat membawa kepada tujuan yang baik darinya serta terhindar dari perkara yang diharamkan dari sudut cara,tujuan dan maksud.”

Sumber: Aurat Mahkota Wanita.....

sekian
wassalam




No comments:

Post a Comment