Wednesday 10 April 2013

Santai Gazebo siri pertama


Assalamualaikum wbt


Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi masih dikurniakan nikmat bernafas sehingga ke detik dan saat ini.Terima kasih Ya Allah.

Syukur ke hadrat Ilahi,pada 06 April 2013 yang lalu kami dari barisan penggerak PMH telah berjaya mengadakan santai gazebo siri pertama bagi semester ini.Terima kasih kepada para hadirin yang hadir dan sudi menjadi tetamu kami.Insyallah yang hadir ini adalah dari kalangan mereka-mereka yang dipilih oleh Allah swt untuk hadir.Kepada non muslim,terima kasih kerana sudi mengimarahkan dan memenuhi ruang DSG KoleJ Jasmine kita ini.

Santai gazebo di mulakan dengan beberapa video ringkas yang di pilih khas untuk malam itu.Kemudian di susuli dengan tayangan khs filem dari Indonesia iaitu di dalam mihrab cintamu.Cerita yang penuh dengan pengajaran tentang putaran kehidupan manusia.Mudah-mudahan menjadi suntikan baru untuk kita menjadi lebih baik di sisinya.Amin.

Dalam program ini juga,terima kasih diucapkan kepada barisan biro tarbiyah dan surau yang telah memberikan sumbangan hadiah harijadi kepada ahli PMH yang menyambut ulang tahun kelahiran mereka pada bulan Mac dan April tahun ini.Semoga mereka sentiasa berada dalam redha Allah swt.Amin...

Insyallah dengan bermula santai gazebo siri pertama ini,kami dari barisan penggerak PMH,akan membuat beberapa lagi siri santai gazebo khas untuk mahasiswa dan mahasiswi Puncak Perdana,Nantikan program santai gazebo yang seterusnya..

p/s :
<dengan sedikit ilmu yang kamu perolehi,gunakanlah ia untuk memberi manfaat kepada yang lainnya>
<agar ilmu itu menjadi bekalan dunia dan akhirat>
<insyallah,amin ya robbal al-amin>

sekian...
wassalam

No comments:

Post a Comment